8 Sebab Jatuh Cinta dengan Penang!

Pulau Pinang ataupun dikenali sebagai Pulau Mutiara merupakan salah sebuah negeri dalam Malaysia, negeri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pulau dan tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Prai. Pulau Pinang merupakan negeri yang sangat unik dan menarik untuk untuk dikunjungi. Penulisan ini akan menyentuh 8 sebab untuk jatuh cinta dengan Pulau Pinang.

1. Sejarah dan tinggalannya

Sekiranya anda seorang yang sangat minat akan sejarah, anda pasti tidak akan kecewa jika berkunjung ke Pulau Pinang. Pulau Pinang merupakan salah satu penempatan awal British di Semenanjung yang telah dibangunkan oleh Francis Light pada awal pembukaannya. Pendudukan Francis Light di Pulau Pinang merupakan titik tolak penjajahan British di Tanah Melayu. Kesan peninggalan British sehingga kini masih dapat dikesan antaranya adalah Kota Cronwallis.

Kekayaan sejarah negeri Pulau Pinang juga dapat dilihat pada struktur dan arkitektur bangunan yang memiliki unsur-unsur kebaratan dan bangunan lama yang masih wujud memperlihatkan modenisasi hidup seiring dengan tinggalan zaman silam, unsur modenisasi dan tradisonal coexistence. Sekiranya anda meluangkan masa untuk berisar-siar di pusat bandar Georgetown anda akan dapat menikmati dua dimensi yang berlainan iaitu sebuah bandar yang moden dan sebuah bandar lama yang mampu menimbulkan notalgia kehidupan pada zaman dahulu. Georgetown telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008, bandar ini mempunyai lebih 12 ribu bangunan lama dan masih dipelihara sehingga kini.






2. Gateway To Everywhere

Bagi mereka yang suka mengembara, Pulau Pinang merupakan gateway ke merata destinasi. Kewujudan KTM yang terletak di Butterworth memudahkan pengembaraan ke merata negeri malah memudahkan pengembaraan ke negara jiran. Sekiranya anda suka membeli-belah, anda boleh membuat lawatan satu hari ke Padang Besar dengan hanya menaiki KTMB dengan tambang pulang balik hanya RM8. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang terletak 16km di selatan pusat bandar Georgetown turut menghubungkan pulau pinang dengan semua bandar utama di Asia Tenggara. Tidak kurang juga dengan perkhidmatan bus yang menghubungkan pulau pinang dengan semua pusat bandar di semenanjung Malaysia. Perkhidmatan bus rapid pula menawarkan perkhidmatan yang menghubungkan semua pusat-pusat bandar dalam pulau pinang dan turut meliputi lokasi-lokasi tarikan pelancongan. Hanya dengan menggunakan perkhidmatan bus rapid Penang anda boleh melawati kesemua kawasan tarikan pelancongan dalam Pulau Pinang.


3. Penang Street Art

Salah satu lokasi wajib dilawati sekiranya anda berkunjung ke Pulau Pinang adalah Armenian Street. Lokasi ini tidak pernah sunyi dan kosong, anda akan melihat sendiri pengunjung tidak pernah putus berkunjung ke kawasan ini, masing-masing dengan peta untuk menjejaki kesemua mural yang terdapat di Armenian Street yang juga merupakan sebahagian daripada lokasi zon Tapak Warisan Dunia. Lukisan-lukisan mural dilukis oleh Ernest Zacharevic ini betujuan untuk menghidupkan semula bangunan-bangunan lama disekitar Georgetown dan akhirnya menjadi tumpuan pelancongan, mural yang dilukis Zacharevic mempamerkan kehidupan masyarakat Pulau Pinang. Kejayaan mural-mural pada dinding bangunan lama menarik pengunjung kemudiannya diperbanyakkan dan anda boleh mula berjalan-jalan atau berbasikal menjejaki mural-mural ini bermula dari Muntri Street hingga ke Weld Quay. Setiap mural dan graffiti yang terdapat dijalan-jalan pusat bandar Georgetown berbaloi dijadikan bahan untuk dimuat naik ke lama instagram anda.







4. Aktiviti Outdoor

Sekalipun anda bukanlah seorang yang meminat sejarah atau fotografi, Pinang Pinang masih menawarkan tarikan lain misalnya aktiviti outdoor. Jika anda merupakan pencinta alam, anda boleh berkunjung ke Batu Feringghi menikmati susana pantai dan Taman Negara yang terletak di penghujung Teluk Bahang. Walaupun Taman Negara Pulau Pinang merupakan antara taman negara paling kecil saiznya dalam Malaysia namun ianya menawarkan pelbagai habitat meliputi pantai berpasir dan berbatu, dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika. Bagi mereka yang suka akan aktiviti lasak, Escape Park menawarkan pelbagai aktiviti seperti bungee jump, flying fox, wall climbing, tube race dan bermacam-macam lagi.



5. Bukit Bendera

Bukit Bendera juga merupakan salah satu sebab anda untuk jatuh cinta dengan Pulau Pinang. Anda tidak akan pernah ke Pulau Pinang sekiranya anda tidak mengunjungi Bukit Bendera. Bukit Bendera menawarkan pelbagai tarikan seperti keindahan flora dan fauna, viewing deck, masjid, kuil, muzium burung hantu, henna art, love lock, wax hand, monkey cup garden dan the liltle village. Anda boleh menikmati matahari terbenam dan melihat pemandangan Pulau Pinang dari Bukit Bendera. Udara segar di puncak Bukit Bendera sangat menyegarkan dan lokasi ini sesuai anda yang ingin ketenangan atau meluangkan masa bersama keluarga.




6. Cafe Pelbagai Konsep dan Tema

Di Pulau Pinang juga terdapat pelbagai cafe-cafe hipster yang memiliki ciri-ciri tersendiri. Jalan sahaja disekitar Georgetown anda akan menemui beberapa cafe yang unik dan boleh menjadi bahan untuk dimuat naik dalam laman instagram anda. Antara cafe wajid anda kunjungi ketika di Pulau Pinang antaranya Awesome Canteen Penang yang menawarkan persekitaran yang mengutamakan simplistic dan Kopi C Cafe China House yang menawarkan 20 lokasi photo spot yang unik dan 30 jenis kek yang berlainan setiap hari.



7. Pasar Chowrosta 

Pencinta buka pasti akan jatuh cinta dengan tempat ni! Pasar Chawrosta bukan sahaja menawarkan pelbagai keperluan harian seperti bahan basah dan kering tetapi juga dalam pasar ini menawarkan penjualan buku-buku terpakai dengan kualiti yang terbaik pada harga yang jauh lebih murah. Pasar Chawrosta ni merupakan syurga bagi kaki buku. Pelbagai genre buku boleh anda dapati disini termasuklah buku-buku fiksyen, non fiksyen, akademik dan non-akademik.


8. Makanan/Street Food

Pulau Pinang merupakan negeri yang didiami penduduk multietnik dengan pelbagai adat dan budaya. Oleh itu, tidak hairannya jika negeri ini digelar syurga makanan demikian kerana kepelbagaian etnik dan budaya memperkayakan makanan yang ada di negeri ini. Anda bukan sahaja dapat menikmati makanan asli penduduk Pulau Pinang, makanan daripada negeri lain dan negara luar seperti makanan western, fast food, makanan Arab dan street food seperti Char Koay Teow, Pasembur, Penang Chendol, Apom Manis, Ais Kacang, Lok-Lok, Bebola Ais dan macam-macam lagi boleh anda temui di sini. Kewujudan pasar malam sepanjang hari dilokasi-lokasi berbeza merupakan salah satu tarikan untuk menikmati kepelbagiaan Penang street food.



Penulis telah menetap di negeri ini selama 7 tahun dan sering kali rakan-rakan bertanya pada penulis apa yang seronok sangat dengan Pulau Pinang hinggakan penulis jarang sekali balik ke kampung, ada yang membuat spekulasi penulis memiliki cinta hati orang Penang sebab itu jarang sekali balik ke kampung. Post ini sedikit sebanyak memberi penjelasan kenapa penulis terlalu suka menetap di Pulau Pinang. Anda pula bagaimana, apa pendapat anda tentang Pulau Pinang?


Comments

Popular Posts