Aku dan Kulit Sensetif

Nama aku Wilma, siapa yang memang kawan dengan aku sejak zaman sekolah tahulah yang aku ni muka macam jalan tar berjerawat sejak tingkatan dua, masa ni aku masih serupa budak sekolah rendah belum baligh lagi. Dulu mereka kata jerawat ini normal pada usia remaja, perubahan hormon dalam badan katanya tapi masalah jerawat aku ni berlarutan sampai aku masuk unversiti! Bayangkan berapa banyak tahun aku hidup bertemankan jerawat, dahi tak pernah licin in which I assume mungkin sebab dahi tak licin zaman sekolah aku tak pernah dapat surat cinta, Ahakz! Korang boleh gelak, aku benarkan. Maklumlah dulu-dulu kan smartphone ni tak ada lagi zaman sekolah orang nak mengurat bagi surat cinta taw!
Pergi jalan mana-mana mesti orang nak tanya macam-macam soalan seolah-olah yang kau ni tak ada usaha selamat muka kau daripada jerawat. Saya hargai mereka cuma nak membantu dan berkongsi tips, cadangkan guna produk itu ini, amalkan itu ini,macam-macam lagilah. Tapi lepas da lama sangat bergelumang dengan masalah jerawat ni dan da usaha macam-macam kau kemudiannya jadi bosan dengar orang bagi nasihat kat kau macam kau kena bebel la pula.Tak kurang juga yang tarik tangan kau minta kau cuba produk mereka untuk selesaikan masalah kulit muka kau. Kadang kau da putus asa tak nak cuba apa-apa produk atau tips, biarkan saja ianya berlalu dan hilang bila tiba masanya. Tapi semangat kau naik balik nak hilangkan jerawat dekat muka kau sebab kau suka satu mamat ni. Kau pun study balik macam mana kau nak selesaikan masalah kau ni.

Nasib baik mamat yang kau suka tu tak pandang rupa sangat, dahi kau tak licin pun tapi still dia balas cinta kau. Kau bertuah jumpa lelaki yang pandang hati budi bukan paras rupa. Masalahnya kau tertekan dengan orang sekeliling, tambah-tambah bila mamat yang balas cinta kau tu dahi licin ala-ala hero Kdrama. Aku nak gelak kejap, sebab cerita ini tentang aku.

Sebab kau da hidup dengan jerawat bertahun lamanya dan kau da cuba hampir semua produk yang orang sarankan dan akhirnya muka kau develop another problem! Berhadapan pula dengan kulit sensetif. Sekitar masuk tahun ketiga di univerisiti, jerawat aku da mula beransur-ansur pulih. Aku kira sudah tiba masanya dia pergi. Aku tak pakai da produk-produk skin care semborono. Sebab da cuba macam-macam aku jadi kental dan tak mudah termakan pujuk rayu para jurujual.

Kali pertama symptom kulit sensetif terjadi.
Pertama kali aku develop muka bernanah berbiji-biji bengkak dan gatal aku terus jumpa doktor pakar kulit. Beratus aku bayar tapi hasilnya muka aku makin teruk! Aku sampai tak nak pergi kelas, aku malu muka aku sangat jijik! Seminggu tak elok juga, aku pergi klinik USM (kampus sejahtera). Alhamdullilah, lepas diberi ubat allergy dan krim gatal muka aku beransur pulih. Sejak hari itu, aku hidup dengan kulit sensetif. Walaupun muka aku sekarang ni da tak berjerawat macam zaman sekolah, nampak seperti muka yang berkulit normal tapi aku dihantui masalah kulit sensetif pada masa yang sama kulit muka aku sangat berminyak. Untung mereka yang cuma ada satu jenis masalah kulit like kulit berminyak atau kulit kering. Sengsara aku bagitaw kau orang yang ada masalah kulit sensetif ni. Nampak macam normal tapi sengsaranya cuma manusia yang alaminya yang paham. Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Bertahun hadap kulit sensetif, aku mula paham kulit sendiri, aku tahu punca kulit muka aku meradang dan alah dan bagaimana aku nak sembuhkan bila aku cuai dan alahan menyerang. Skin allergy ni tak sama dengan jerawat. Mudah nak paham, bila skin allergy react dalam kes aku muka jadi merah, gatal, bengkak, bernanah dan kadang-kadaang effect dekat mata, mata bengkak dan merah. Jerawat pula sakit tapi tak gatal, dan tak effect kat mata kau. Itu adalah antara symptom yang aku alami bila muka aku buat hal.

Kulit sensetif ni tak macam jerawat boleh dirawat. Ianya cuma boleh dicegah. Aku da give up jumpa pakar tambah-tambah aku tak kaya, jadi aku berusaha paham sendiri kulit muka aku dan aku baca pelbagai artikel-artikel tentang kulit sensetif. Macam aku, aku ingat dan dapat kesan apa yang menyebabkan muka aku alah. Biasanya bila muka aku meradang aku akan mengambil masa seminggu untuk pulih sepenuhnya, 3 hari pertama aku akan duduk diam je kat rumah sebab pada masa ni dia bengkak teruk dan bernanah diseluruh muka yang terdedah.

Antara hal yang boleh menyebabkan aku alami allergy reaction pada kulit muka:
1.    Menggunakan produk penjagaan kulit dan kecantikan yang salah!
Allergy reaction paling kerap berlaku apabila aku terpakai produk yang salah. Ya, aku da cukup berhati-hati dalam memilih produk penjagaan kulit tapi tak semua produk yang claim to be “organic dan hypoallergy” sesuai dengan kulit sendiri. Sama juga dengan produk kecantikan, tidak semestinya produk itu keluaran luar negara dan jual dalam kedai branded yang famous seantereo dunia (contoh Sephora) sesuai dengan kulit sendiri. Tapi pada kebiasaannya semua ni try and error juga. Aku bila da ada allergy reaction terhadap certain produk aku akan banned brand tersebut. Produk local include some from drug store, tambahan yang berlambak ditoko-toko jamu lagilah aku tak boleh percaya. Lepas ni adalah yang cakap aku tak support produk buatan Malaysia. Aku banyak pakai produk dari korea khususnya mask, pencuci muka dan makeup. Setakat ini aku tak pernah ada allergy reaction bila guna brand-brand yang asalnya dari Korea.

2. Terdedah dibawah matahari yang terik!
Bila aku terlalu terdedah dengan matahari yang terik muka aku akan bengkak, gatal, merah dan hari seterusnya muka yang bengkak kemerahan improvised keluar pula biji-biji bernanah di seluruh bahagian yang merah itu. Gatalnya ya Allah jangan cakaplah. Bila aku cakap kat orang aku allergy matahari mereka gelak macam pertama kali jumpa orang allergy dengan matahari. Like seriously ada ke allergy matahari? puteri lilin ke? Aku tak tahu yang lain kalau ada allergy macam aku tapi aku tiap kali lepas travel atau outdoor tempat-tempat panas kulit muka aku akan react jadi macam yang aku cakap kat atas. Selepas beberapa kali muka aku alahan akibat lama sangat terdedah pada matahari aku belajar pakai sunscreen, rajin-rajin pakai payung. Hatta ke Korea aku bawa payung! Tapi sebab aku pun kerap allergy terhadap produk penjagaan kulit agak susah untuk aku cari sunscreen yang sesuai dengan kulit sensetif  aku sampailah aku cuba sunscreen yang water base.
3. Hygiene! Hygiene! Hygiene!
Last but not least, kebersihan turut memainkan peranan. Aku pernah tak basuh berus makeup aku berbulan lamanya and yes sebab itu juga muka aku buat hal. Aku macam nilah, bila muka buat hal baru aku jadi rajin pakai sunscreen, cuci berus make up dan pastikan pillow case aku ditukar at least 2 kali dalam masa sebulan. Sangat leceh! Semua benda kena ambil perhatian, silap sikit mulalah muka buat hal! Aku cemburu dengan mereka yang tidak memiliki kulit sensetif pada masa yang sama aku sangat memahami kesengsaraan golongan yang bermuka sensetif. Bila muka buat hal, nak kuar rumah kena pakai mask sebab tak nak orang tenung semacam muka kita lepas tu semua orang bertanya soalan yang sama “eh kenapa muka camtu?”. Lepas tu kita juga segan nak cakap yang kita ni tak nak share makeup tools contohnya sponge dan berus makeup. Takut kawan tu berkecil hati. Tapi yang memang rapat tu memang pahamlah kenapa kadang-kadang kita ni over bab-bab ni.
Bagaimana aku merawat allergy reaction pada muka?
Disini aku share beberapa tips dan produk yang aku pakai kat muka aku tanpa meransang terjadinya alahan malah meredhakan alahan pada  muka aku.
1.  Pencuci muka
Pencuci muka ni aku sangat alah pada pencuci muka yang jenis berbuih. Sebab tu semua pencuci muka aku tak ada buih. Pilihan top aku adalah dua brand ni “Cetaphil” dan “Banilo.co”.
Cetaphil ni da lama viral dekat laman sosial mampu menyembuhkan masalah kulit bermasalah sekiranya konsisten. Cetaphil sangat lembut pada muka sesuai sangat untuk mereka yang memiliki kulit sensetif tetapi ianya tidak membersih secara  mendalam. Oleh sebab itu, aku hanya mencuci muka menggunakan cetaphil pada hari biasa yang aku tidak memakai makeup.
Clenser balm dari banila.co ini pula memiliki tekstur yang berminyak memudahkan untuk menghilangkan seluruh makeup secara berkesan. Clenser balm ini boleh dibilas dengan air atau lap saja dengan tisu selepas dah gosok-gosok dengan lembut diseluruh muka. Aku lebih memilih untuk membilasnya dengan air, lebih bersih dan menyegarkan. Harga cleanser balm ini berlipat kali ganda mahal berbanding cetaphil dan boleh dididapati di Sasa Store.


2. Mask
Aku sangat suka pakai face mask sheet. Rahsia kecantikan kulit muka flawless orang Korea adalah mereka mengamalkan pemakaian mask sheet setiap hari. Oleh itu tidak hairanlah berlambak produk mask sheet dari pelbagai brand yang dijual secara bundle di mana-mana beauty store di Korea.
Apa yang aku boleh detect sesetengah mask sheet drug store boleh menyebabkan alahan pada muka aku. Kalau mask sheet tu bila aku pakai aku rasa hangat atau panas kat muka aku cepat-sepat buang. Mula-mula belajar pakai mask sheet ni ingatkan normallah perasaan muka hangat tapi hasilnya muka aku bengkak, merah dan macam biasalah esoknya bernanah. Sign! Sepanjang hidup aku, aku cuai dalam bab ni sebanyak 3 kali sebab aku tertidur dengan mask sheet dan biarkan je kat muka walaupun rasa hangat beberapa minit kemudian dan mask-mask ini ada yang aku beli dari drug store dan try kawan punya. Pilihan top mask sheet untuk kulit sensetif aku pilih mask daripada Tony Moly. Tony Moly ni brand dari korea dan aku paling suka mask dia yang aloe vera. Masa aku ke korea tahun lalu muka aku meradang sebab aku setiap hari kuar masa kat Busan walaupun aku pakai payung tapi aku tak pakai sunscreen. Sebab tu bila hari ke-5 di Korea muka aku meradang naik bengkak mcm biasalah, cuti-cuti jadi tak seronok terpaksa berkurung dalam bilik keluar hanya untuk beli makanan. Nasib saja di Korea memakai mask merupakan salah satu trend fashion jadi taklah aku rasa janggal keluar dengan memakai mask muka, hah! Aku saja-saja nak cuba mask aleo vera Tony Moly tu bagi meredakan keradangan kat muka aku sebab calamine lotion dah habis aku guna, aku bawa satu botol kecil saja. Sebab mask Tony Moly tu aleo vera maka sesuai sangat surutkan keradangan muka dan Alhamdulillah ianya berkesan. Sebelum  balik Malaysia sempat aku borong mask Tony Moly.

Lagi satu facial mask menjadi pilihan aku adalah Aztec. Korang pernah tak dengar pasal Aztec ni? Aztec ni adalah produk yang aku beli sebab youtube, banyak sangat youtuber yang review dan cadangkan mask ini. Aku tak menyesal beli produk ni, tagline dia “the most world’s most powerful facial” memang tepat. Aztec ni mask dalam bentuk serbuk kena campur dengan air untuk guna, mereka cadangkan gantikan air dengan apple cider vineger (ACV) tapi aku tak buat sebab Aztec sendiri da terlalu kuat tambahan pula ACV aku guna sebagai toner. Aztec 100% daripada natural calcium bentonite clay dan memang betul-betul membersihkan pori-pori muka secara mendalam, segala jenis balck/whitehead dia akan buang, jerewat akan kecut dan meransang pengaliran oxygen ke atas kulit muka sebab itu masa pakai muka rasa macam kena tarik dan kena urut. Mask ni kena pakai sampai dia kering dan cuci dengan air jangan cabut kering-kering nanti lapisan kulit misalnya yang ada jerewat terikut sekali, ini akan meransang perebakan kuman ke bahagian muka yang lain. Cuci dengan air yang mengalir secara lebut gosok perlahan-lahan. Muka sensetif ni  kena lembut sikit kalau nak gosok. Selepas da cuci, muka akan kemerahan dan akan surut selapas 30 minit. Jika kulit muka tidak kemerahan itu tandanya campuran air dan serbuk Aztec tidak betul, kemungkinan campuran terlalu cair. Untuk kulit berminyak Aztec sesuai dipakai 3 kali seminggu bagi yang memiliki kulit berminyak dan bagi yang memiliki kulit sensetif, seminggu sekali suda memadai untuk pembersihan kulit muka secara mendalam. Bagi mereka yang sama macam aku memiliki dua masalah, kulit berminyak+sensetif seminggu sekali sudah memadai dengan campuran air.

3. Toner
Campuran 3 bahagian air dengan 1 bahagian ACV dijadikan toner. AVC ini da ramai sangat orang cadangkan untuk menyembuhkan masalah kulit berjerawat, mampu mengecilkan pori-pori, dan melambatkan proses penuaan. Ada banyak post tentang AVC ni, korang bolehlah rajin-rajinkan diri baca tentang ACV ni sebagai facial treatment.

4.  Pelembap
Pelembab yang sesuai dengan kulit muka akan menghasilkan kulit muka yang tak kering dan tak berminyak. Tapi nak cari pelembab yang sesuai ni susah, ada pelembab malah boleh menyebabkan masalah kulit berminyak makin teruk. Aku sekarang dalam tempoh percubaan produk Mary Kay. Nak bagi review aku belum yakin sebab baru sangat cuba produk ni. Sebelum ni aku pakai pelembab daripada Pure Beauty, Watson ada produk ni. Pure beauty ni made in Korea. Aku kalau produk Korea ok sangat, jarang sekali muka aku meradang pakai produk dari Korea. Tapi aku stop sebab produk ni sesuai untuk mereka yang berkulit normal, yang berminyak macam aku memang tidak menyelesaikan masalah muka berminyak.

5. Sunscreen
Aku allergy terhadap matahari macam yang aku jelaskan kat atas. Jadi untuk mengelakkan muka aku meradang tak tentu pasal aku tak boleh tingglkan langkah ni. Sunscreen sangat penting untuk lindungi kulit muka daripada sinaran UV yang berbahaya. Nak cari sunscreen yang sesuai pun susah, pokoknya bila kau ada masalah kulit berminyak+sensetif amatlah sukar untuk mendapatkan produk yang betul-betul berkesan. Top produk sunscreen yang menjadi pilihan aku adalah daripada Hada Labo Air Aqua UV dengan kandungan SPF50. Sunscreen dari Hada Labo ini merupakan  water based dan ringan sangat kat muka, tak rasa melekit atau pekat macam sunscreen yang lain yang teskturnya seperti lotion.

6. Mist Spray
Mist Spary ni bila ada bajet lebih aku beli, untuk kawal temperature muka aku supaya sejuk dan segar. Spray mist pilihan top aku adalah daripada Bio Essence. 
7. Calamine lotion
Kadang-kadang aku ni cuai terpakai produk salah dan lupa pakai sunscreen bila ada aktiviti outdoor, aku kadang-kadang tertinggal sunscreen bila bercuti ke mana-mana dan hasilnya bila time bercuti pun dia tak segan-segan naik radang, muka bengkak merah! Tapi sebab aku dah paham sangat dan tahu apa yang boleh menyembuhkan muka aku dengan segera, aku tidak lagi terhegeh-hegeh jumpa doktor. Calamine lotion merupakan penyelamat aku. Calamine lotion ni kau pergi luar negarapun mana-mana farmasi ada jual. Bila pakai calamine lotion kat muka yang naik radang, satu minggu cukup untuk aku sembuh. Sebelum keluar nak berjalan aku pakai dulu calamine lotion bagi dia kering kat muka baru aku pakai mask, yelah tak nak orang tenung aku semacam aku pakailah mask. Calamine lotion ni sejuk kat muka dan mampu meredhakan macam-macam masalah kulit, bila pakai kulit jadi tak gatal, kemerahan dan bengkak menjadi surut, ketulan biji yang bernanah akan mengering dan mengelupas. Aku akan pastikan aku ada stok calamine lotion untuk kegunaan kecemasan. Setiap kali selepas aku berada dibawah cahaya matahari, aku akan pakai benda ni untuk cool down temperature kat kulit muka sebelum dia sempat untuk meradang. Calamine lotion ada macam-macam brand yang produce tapi aku suka guna yang baby punya sebab testurnya lembut.

Kulit berjerawat masih boleh dirawat tetapi bila kau da develop kulit sensetif tidak ada product atau ubat yang boleh merawat sepenuhnya kulit kau untuk jadi seperti kulit normal macam orang lain. Tapi apa yang boleh kau dan aku lakukan adalah PENCEGAHAN. Ya kau boleh cegah kulit muka kau daripada meradang, pertama sekali kau kena paham kulit muka kau sendiri. Ketahui dengan mendalam kau alahan terhadap apa? Ada orang dia alah pada makanan, ada pula yang alah pada matahari, produk bukan organik dan tahap kebersihan. Lepas kau da paham kulit muka kau sensetif pada apa, cuba elakkan daripada consume atau menggunakan produk-produk yang buat kau muka kau meradang. Para pembaca yang memiliki kulit muka macam saya, sama-samalah kita mencegah kulit muka kita daripada meradang dan jauhi produk-produk yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Biar hasil untuk mendapat muka flawless tu lambat daripada terus merana mencuba pelbagai produk di pasaran yang belum tentu terjamin kandungan bahan kimianya. Pastikan produk yang kita guna itu, kita tahu asal usulnya dan latar belakang syarikatnya, betulkah ada kajian makmal, ujian dermatologi, mesra alam, tidak diuji terhadap binatang dan 100% organik? Sekiranya pembaca ada pengalaman dan tips bolehlah berkongsi dengan saya dan pembaca yang lain di ruangan komen.





Comments

  1. terbaikkkkk♪☆\(^0^\) ♪(/^-^)/☆

    ReplyDelete
  2. Sama, saya pun ada masalah kulit sensitif lagi2 saya ada masalah eczema dan liang pori besar, jadi selalu naik jerawat kecik2. Baru-baru ni saya pakai sunscreen, sekali naik jerawat besar dekat dagu, jerawat merah yang takda mata tu, ala-ala bengkak. Saya ada gugel, depa kata sebab cuci tak bersih, padahal saya siap cuci dengan pencuci muka kowt. Last2 saya pakai extra moisturizer then pakai spf yg ada unsur-unsur pelembab. Malam-malam pula saya pakai minyak zaitun sebagai treatment.
    Saya susah sikit nak percaya brand2 famous ni, selagi bahan dia tak mild atau tak berunsurkan susu kambing/delima memang saya tak akan beli. Kebiasaannya saya akan minta advice kakak before beli, alhamdulillah dia dulu aliran kimia kat USM sama cam awak lah, mgkn senior sikit dari awak sbb saya pun dah 3o, hehehee...

    Saya setuju dengan awak sbb kulit kita lain2, kita yang kena faham kulit kita sendiri. Even viral produk tu bagus tapi belum tentu sesuai dengan kita. Saya banyakkan guna bahan-bahan semulajadi mcm, oat untuk scrub, alovera utk masker, tomato pun untuk masker dan paling penting saya makan seaweed pil untuk dalaman badan. Ramai orang cadangkan untuk makan EPO sbb dia memang untuk kulit dan meransang hormon wanita, tapi emak saya tak sarankan sebab EPO berunsurkan minyak, kalau saya consume saya kena extra exercise sbb saya gemuk dan kurang beraktiviti takut ada side effect dari lebihan minyak tu. Jadi sebagai ganti saya lebihkan makan sayur2, tomato, pil seaweed dan extra minum air. Untuk minyak2 ni hanya untuk sapuan luar sebelum tidur. Haa, ada lagi satu, bila musim panas kulit saya akan extra kering, jadi malam-malam saya pakai madu dekat muka , esok pagi bangun muka memang akan sangat hydrate.

    Betul, saya setuju lagi sekali dengan awak. Kulit sensitif nampak normal tapi kita yang merasa aje yang tahu perit dia. Dulu masa baru-baru kena eczema, rasa perit dan gatal satu badan, bila garu terus berdarah dan pedih. Seksa, tapi sekarang alhamdulillah saya dah semakin faham dengan kulit sendiri dan even saya mandi pun sekarang pakai sabun susu kambing/ sabun bidara which is yang memang untuk meredakan masalah kulit.

    Masalah kulit kering/sensitif tak kan sembuh, cuma kita kena sentiasa berjaga-jaga, kawal makan dan kawal pengambilan bahan-bahan kimia.

    So, Good luck to you...Jom sama2 bersabar menghadapi masalah kulit sensitif ni. hehehee~~

    ReplyDelete
  3. Saya pula ada masalah muka berjerawat, Alhamdulillah sekarang makin ok..cuma parutlah masih banyak lagi 😅

    Harap2 boleh flawless lah Tak lama lagi hehehe

    ReplyDelete
  4. kulit kita tak sensitip..tp dah naik jerawat..nak rawat kulit dulu mi..huhu

    ReplyDelete
  5. Kalau pakai water based sunscreen sahaja tanpa make-up, perlu ke guna cleansing balm atau basuh dgn cetaphil sudah memadai ?

    ReplyDelete
  6. Kalau pakai water based sunscreen sahaja tanpa make-up, perlu ke guna cleansing balm atau basuh dgn cetaphil sudah memadai ?

    ReplyDelete
  7. Kalau pakai water based sunscreen sahaja tanpa make-up, perlu ke guna cleansing balm atau basuh dgn cetaphil sudah memadai ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts