Rutin Kecantikan untuk Kulit Sensitif

Regim kecantikan bagi mereka yang memiliki kulit sensitif berbeza dengan mereka yang memiliki kulit normal. Mereka yang memiliki kulit sensitif perlulah lebih berhati-hati ketika memilih produk penjagaan kulit dan kecantikan untuk mengelakkan terjadinya alahan yang boleh menyebabkan kulit meradang menjadi bengkak kemerahan, gatal dan bernanah. 

1. Pencuci Muka

Penggunaan produk pencuci muka haruslah sesuai dengan jenis kulit. Mereka yang memiliki kulit sensitif perlu menggunakan pembersih muka yang lembut. Jenis produk pencuci muka yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif adalah pencuci muka tanpa buih. Hal ini demikian kerana pembersih berbuih (foam clenser) kebiasaanyaan mengandungi beberapa jenis agen buih antaranya Sodium Lauryl Sulphate (SLS). SLS ini boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, kemerahan, dan kering. Kebanyakan produk kecantikan mengandungi SLS khususnya pembersih muka, pengguna akan mendapati kulit terasa tegang dan licin selepas menggunakan produk tersebut. Walaupun SLS telah diiktiraf selamat untuk digunakan dalam produk kecantikan namun bagi mereka yang berkulit sensitif sebaiknya elakkan daripada menggunakan pembersih berbuih kerana SLS ini boleh bertindak balas pada kulit mereka yang sensitif dan kemudiannya menyebabkan keradangan dan kegatalan ( EWG's Skin Deep Cosmetics Database, 2017).Cetaphil merupakan produk pembersih muka tanpa buih yang paling popular dipasaran. Pembersih muka Cetaphil ini berbentuk gel dan testurnya yang lembut dan ringan sesuai untuk mereka yang memiliki kulit senstif. Namun demikian, pembersih Cetaphil ini tidak membersih secara mendalam. Oleh itu, bagi mereka yang mengenakan solekan perlulah membersihkan solekan berkenaan dengan tisu basah khas untuk membersihkan solekan. Tisu basah daripada Simple sesuai untuk kulit sensitif.

Sumber: cetaphil.com.my

Formula pembersih muka Cetaphil bebas daripada agen buih dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah untuk kegunaan bayi. Pembersih Cetaphil  ini memiliki pH yang seimbang dan tidak akan menyebabkan keradangan dan kegatalan pada kulit sensitif. Ianya boleh dibilas dengan air mahupun tanpa air. Produk ini boleh didapti dimana-mana farmasi seperti
 Watson dan Guardian.Tisu basah daripada Simple "Kind To Eye Make Up Remover" membantu pembersihan solekan secara berkesan terutamanya solekan mata dan tidak menyebabkan kegatalan. Ianya membersih secara lembut dan mampu menanggalkan solekan dengan mudah.
Sumber: simple.co.uk
2. Toner

Toner merupakan senjata rahsia untuk kulit sihat. Penggunaa toner selepas proses pembersihan muka tidak harus ditinggalkan. Penggunaan toner sangat penting untuk pembersihan extra, menghilangkan lebihan minyak pada kulit muka, mengecilkan pori-pori, mengembalikan pH yang seimbang pada kulit, memberi lapisan perlindungan, melembabkan, menyegarkan dan menghalang pertumbuhan rambut yang tersumbat dalam kulit. Cuka Epal Sider (Apple Cider Vineger @ ACV) menjadi pilihan penulisan untuk dijadikan sebagai toner. Hal ini demikian kerana ACV memiliki pelbagai manfaat yang baik bukan sahaja sebagai bahan tambahan dalam masakan tetapi juga bermanfaat digunakan sebagai produk penjagaan kulit dan kecantikan. Pemilihan ACV hendaklah daripada organik dan ACV organik lazimnya akan ditulis pada botolnya "with the mother", ACV organik ini bermafaat untuk kulit kerana mengandungi enzim mentah dan bakteria yang bagus untuk pemyembuhan dan kesihatan kulit.
 
Enzim dalam AVC. Sumber: Gerson Institute
 Cara menghasilkan toner ACV ni hanya memerlukan 3 bahagian air dan dicampurkan dengan 1 bahagian ACV sudah memadai. Sebelum penggunakan ACV, hendaklah digoncang terlebih dahulu untuk mendapatkan enzim-enzim AVC secara sekata.
Manfaat AVC

3. Pelembab

Pelembab juga merupakan rutin kecantikan yang tidak boleh ditinggalkan, Jenis pelembab yang digunakan hendaklah bersesuainya dengan jenis kulit. Kulit sensitif sesuai menggunakan pelembab berasaskan air (water base) kerana testurnya yang ringan dan lembut. Pelembab yang mengandungi pewangi hendaklah dielakkan kerana boleh menyebabkan keradangan pada kulit muka. Masa ideal untuk menggunakan pelembab adalah sebaik selepas menggunakan toner ketika kulit masih lembab dan disapu secara lembut kearah atas menggunakan dua-dua belah jari tangan. Cara ini bagi memastikan setiap pori berjaya dilembabkan dan ianya menyerap kedalam kulit secara sempurna, berikan masa 5 hingga 10 minit untuk membenarkan pelembab menyerap sepenuhnya kedalam kulit. Produk pelembab daripada Nature Republic "Fresh Green Tea 80 Cream" dirumus  dengan ekstrak daun teh hijau, memiliki tekstur segar khas untuk kulit sensitif, bebas daripada Paraben, daripada bahan organik, bebas daripada benzophenone, pigment buatan dan triethanolamine.
Sumber: naturalrepublic.com

4. Sunscreen 

Terdedah kepada matahari merupakan perkara yang sangat menakutkan bagi mereka berkulit sensitif. Hal ini demikian kerana, sinaran UV daripada matahari boleh menyebabkan keradangan, kemerahan, kulit bengkak dan kulit menjadi gatal, biji-biji nanah timbul. Sesetangah orang sebaik sahaja terdedah kepada matahari, kulit muka bertindak balas menjadi merah dan sekiranya muka meradang sekurang-kurangnya satu minggu diperlukan untuk sembuh. Salah satu cara untuk melindungi kulit muka daripada sinaran matahari adalah dengan memakai sunscreen namun pemilihan sunscreen untuk kulit sensitif bukanlah perkara yang mudah. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan tekstur dan formulasi sunscreen yang berada di pasaran mengandungi bahan kimia yang bertindak sebagai penapis sinaran UV seperti zink oksida dan titanium oksida yang boleh meransang alahan pada kulit sensitif.
Sumber: watson.com
Pilihan penulis adalah sunscreen daripada hada Labo " Air Aqua UV Freash" sesuai untuk kulit sensitif. Testur sunscreen Hada Labo ini ringan, merupakan formulasi terbaru daripada Hada Labo yang dirumus dengan 5 sistem pertahanan menentang sinaran UV. Ianya juga mengandungi agen anti penuan, mengurangkan garis-garis halus, kedutan, pencerahkan dan mengekalkan kelembapan kulit walaupun terdedah pada matahari terik. Produk ini juga boleh dijadikan sebagai makeup base atau primer.

5. Rawatan Muka (Mask)

Rawatan muka bukan sahaja boleh dilakukan dipusat-pusat rawatan kecantikan, anda senidri boleh melakukan rawatan muka di rumah dengan Aztec Indian Healing Clay. Mask Aztec merupakan 100% tanah liat bentonit yang diambil daripada Death Valley, California. Ianya diekringkan sehingga enam bulan dalam suhu yang mencapai 134 darjah. Struktur molekul yang unik dalam Aztec Healing Clay membawa caj elektron negatif manakala toksin dan racun yang tersimpan di bahagian epidermis mempunyai cas positif, Apabila AzteHealing Clay digunakan sebagai mask pada kulit muka, ianya akan menarik segala toksin, racun dan minyak berlebihan yang menyebabkan jerawat dan bintik-bintik hitam. Ianya berupaya membersihkan kulit muka secara mendalam. Aztec Healing Clay ini 100% daripada bahan semula.
 
Sumber: Aztec-secret.com

Kunjungi wilmashana'shop di Carousell untuk mendapatkan pek percubaan Aztec Healing Clay.

Comments

  1. Vampires in the Enchanted Castle casino - FilmFileEurope
    Vampires in https://febcasino.com/review/merit-casino/ the filmfileeurope.com Enchanted Castle https://septcasino.com/review/merit-casino/ Casino. Vampires in worrione.com the Enchanted Castle Casino. Vampires in the Enchanted Castle Casino. Vampires in the Enchanted Castle https://octcasino.com/ Casino. Vampires in the Enchanted

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts